Mulakan pendidikan awal anak anda dengan menghantar mereka untuk mengikuti alam pra-persekolahan. Pendidikan pra-persekolahan bermula ketika kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walau bagaimanapun terdapat ibubapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda. Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan sebelum melangkah ke alam pendidikan formal.
Sebelum mendaftarkan anak anda di mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.
Kurikulum PERMATA berbeza kerana ianya member penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, komunikasi dan fizikal. Antara ciri-ciri penting dalam kurikulum PERMATA:-
Teknik pembelajaran PERMATA ialah dengan merangsang minda kanak-kanak dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini mewujudkan persekitaran yang sesuai dan menyeronokkan bagi kanak-kanak melalui teknik-teknik berikut:-
- Kasih sayang dan belaian
- Interaksi dan komunikasi
- Pemikiran dan bacaan
- Memberi kuasa kepada kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
- Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
- Belajar melalui bermain
- Menghayati muzik dan seni, nyanyian dan pantun, tarian dan lakonan
Atas dasar ini, teknik pembelajaran PERMATA digubal dengan mengambil kira aspek-aspek seperti:-
- Pembinaan Hubungan Emosi, Kasih Sayang, Rasa Selamat dan Yakin Diri
* Melalui sentuhan dan belaian
* Melalui berkawan dan sosial
- Belajar Melalui Percubaan dan Penerokaan
- Membina minat membaca dan berfikir sejak awal
- Merangsang kemahiran matematik dan pemikiran secara logic